pejam celik pejam celik dah habis setahun 2011, alhamdulillah... banyak yang aku pelajari dan lalui untuk dijadikan bekalan di tahun 2012. Banyak benda baru aku pelajari, terutamanya dunia buku, dunia penulisan, dunia penerbitan buku. Aku bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti dan suka berniaga. sebelum ini aku hanya terlibat dalam industri makanan dan minuman. Kerana apa yang aku lakukan adalah dari pemerhatian dan pemahaman aku, apa yang ada disekeliling aku, peluang yang datang dan dicari.
Tahun 2011, aku ditemukan dengan salah seorang penulis remaja yang berjaya iaitu ain maisarah dan suaminya Syaizul Amal seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bermula dari itu aku di beri peluang melibatkan diri dengan dunia buku melalui program jelajah sekolah ain maisarah, jualan buku dan aktiviti bersama penulis-penulis lain juga. berniaga makanan berbeza berniaga buku. makanan untuk dimakan dan keperluan. buku pula bahan bacaan sebagai sumber ilmu atau pengisian.
Oleh kerana aku minat membaca, perniagaan buku tidak ada masalah bagi aku, malah sebati dengan jiwa dan seronok. Banyak yang aku pelajari tentang buku. Penghasilannya, kualiti, isi kandungan, kulit atau cover, teknik menulis, penerbitan, percetakan dan paling penting laku atau tidak apabila berada di pasaran.
No comments:
Post a Comment